Bila kata cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya, apa-apa sahaja yang membawa ke neraka, itu bukan namanya cinta. ~Hilal Asyraf~

Sunday, 28 December 2014

Study Dan Nikah

Assalamu'alaikum warahmatullah wa barakatuh..

Izaiyak? Arju annakum kheir wa thoyyib kulluh!

Da lama tak berbahasa Arab, segala Nahu dan vocab da tunggang terbalik.. Haha.. Tak kisah lah~
1st and foremost, tak terlintas pun datang kampus pagi ni untuk mengisi blog.. In fact, the actual purpose here is to finish my article related to Islamic Family Law.. Tapi, da alang-alang buka internet, ziarah blog someoe yang da lama tak dikunjung dan dijenguk, then terdetik untuk mengisi kekosongan blog yang da terlalu usang dibiar lama tak terusik..

Yeahh, above all, saya tak pasti samada da dikongsikan belum keputusan untuk sambung pengajiansebelum ni yang mana membuatkan saya terbahagi dua, tiga, eh!

And now, I currently continuing my further study in Advanced Diploma in Islamic Judicial and Advocatory Practice. Ya, ramai yang tak tahu dan tak pernah dengar, apa itu advanced diploma? Bukan da ada degree ke? Kenapa sambung diploma pula? Oke, for these questions, for sure saya sangat berbesar hati untuk explain berkenaan advanced diploma ni.

Memang, saya da ada degree.. Bachelor of Fiqh and Fatwa (hons). However, Advanced diploma ni sememangnya hanya boleh diambil bagi mereka yang da pun mempunyai degree dalam bidang syariah atau yang berkaitan. That's why it's named advanced diploma, iaitu diploma lanjutan.. Atau dengan nama lainnya, diploma lepasan ijazah. Oke, now, untuk apa advanced diploma ni? Saya sendiri tak pasti kalau advanced diploma  dalam bidang pendidikan atau yang lainnya, cuma bagi advanced diploma in law yang saya sedang berada sekarang ni, ianya bagi membolehkan saya beramal sebagai peguam syari'e atau pengamal undang-undang di negeri-negeri yang memerlukan advanced diploma ni.. Selain tu, advanced diploma in law ni memantapkan lagi ilmu perundangan Islam di Malaysia khususnya, juga pengenalan tentang bada kehakiman dan gaman syari'e di negeri ini..

Pada asalnya, saya tak terlintas pun untuk menjadi peguam atau seumpamanya, cuma rasa minat untuk memahami sistem perundangan Islam khususnya membuatkan saya terbawa ke sini, menyambung pengajian dalam bidang ni.. Namun, tidak bererti cinta kepada bahasa Arab dan kasih pada Fiqh wa Usuluh menjadi pudar, bahkan sentiasa ada dan sampai bila-bila pun dengan izinNya, iany tak pernah hilang mahupun kabur dari hati ni.. Cita-cita untuk menyambung pengajian dalam bahasa Arab tetap ada dan masih subur di jiwa, cuma masa dan taqdir itu pula yang menanti di hadapan.


Baik, cukup setakat ni berkaitan kisah sambung belajar saya.. Ada yang lebih menarik, cerita seorang sahabat yang cukup disegani yang da pun selamat membina masjid dengan seorang kawan yang saya agak mengenalinya juga. Ya, mereka sepadan, sama cantik sama soleh dan solehah. Tak ada apa pun yang nak diceritakan, cuma memkirkan sahabat itu, terasa betapa bahagianya bila halal itu dipermudah dan tidak dipayahkan. Pemikiran orang tua kadang kala berbeza sungguh dengan orang muda. Tetulah mereka lebih banyak merasai garam kehidupan itu lebih lama dan terdahulu dari kita. Mereka juga selalunya lebih terkehadapan dalam mengatur perancangan kehidupan, apatah lagi untuk hidup dan masa depan anak-anak yang pernah dikandung selama 9 bulan. Subhanallah, kasih mereka tiada sempadan,inilah sebenar-benarnya infinite love!

Melalui beberapa insiden dan perbincangan tak rasmi dengan sahabat dan teman, memang ramai yang saya lihat anak muda yang tak mmpu mendirikan baitul muslim atas sebab orang tua.. Ada di kalangan mereka, mesti memenuhi kehendak keluarga seperti bekerja dulu sekurangnya setahun, ada yang mahu anak-anak menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi, dan bermacam lagi sebab dan asbabnya. Ya, sebagai anak, seharusnya kita da faham, faktor utama syarat-syarat ini diletakkan tentu sekali bukan untuk mereka, bahkan untuk anak-anak sendiri. Ibubapa, mereka sukar melepaskan anak-anak tanpa benar-benar yakin bahawa anaknya itu bersama pilihan yang terbaik, anaknya itu memang mampu berdiri tanpa mereka lagi di sisi. Ya, itulah yang mereka mahu lihat, dan sememangnya, memang itu yang paling sukar untuk diyakinkan mereka.


Dari sisi lain, sang anak yang ada juga da pun mempunyai pilihan hati, tiba-tiba terbantah kerana masa dan usia mungkin belum membenarkan, seterusnya membuatkan ramai yang memilih jalan couple kerana perasaan yang timbul dalam fitrah dan kondisi ketika itu. Akhirnya timbul lah istilah couple islamik. In fact, islamic dan couple tak boleh berada dalam satu perkataan yang sama, kecuali perkahwinan. Perkahwinan itulah satu-satunya couple islamic yang ada dan syar'ie, benar-benar syar'ie. Namun, dalam hal ni, sukar juga untuk menyalahkan mereka sepenuhnya, kerana ada di kalangan mereka yang memang bertujuan untuk berkahwin dan sememangnya mahu dipermudahkan urusannya, tapi semuanya terbantut. Emosi dan perasaan menjadi tak keruan, dilanda ombak perasaan yang menggusarkan, betapa sukarnya melangkah ke telaga pernikahan, sedangkan yang didamba dirisik cuma redha Tuhan! Allahurabbi.

Sekian. Rasanya saya perlu menyambung penulisan artikel saya, tarikh akhir yang ditarget sampai minggu hadapan. Ya Allah, permudahkanlah!

Thursday, 24 July 2014

Ramadhan di Gaza, boikot di Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dui bu qi! (Maafkan saya!)

   Sekian lama menyepi bukanlah untuk menoktahkan perkongsian di sini, akan tetapi kesuntukan masa dan kebutuhan waktu yang sememangnya lebih berharga dari sekarung emas, adalah alasan yang benar bilamana ruang ini terbiar untuk beberapa tempoh yang agak panjang.

Allah!

Isu Gaza dan Palestin bukanlah isu yang baru, bahkan ia merupakan isu yang selamanya main issue di jiwa seorang muslim yang benar-benar mukmin! Ya.

   Ramadhan datang lagi, sujud syukur di atas anugerah usia yang memungkinkan kita bersama menghargai Ramadhan, sekali lagi. Namun, seiring kegembiraan menyambut Ramadhan, hujan fosforus dan bedilan demi bedilan yang hinggap di badan saudara seagama kita di Bumi Palestin tidak jua surut, bahkan lebih ramai yang syahid. Kita?

   3 hari sebelum Syawal, masing-masing berlumba mempersiapkan baju baru, langsir baru, rumah baru, dan segalanya yang serba baru. Bagaimana pula dengan iman kita?

   Apakah iftor di McD itu bukti bahawa iman kita juga diperbaharui? Apakah ketidak peduli akan nasib saudara seagama itu tanda bahawa iman ini iman yang baru? Iman, iaitu percaya, yakin. Beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada rasul, beriman kepada kitab, beriman kepada hari Qiamat, dan beriman kepada qada' dan qadar. Iman itu di dalam hati, dan hanya pada Allah segala bukti.

Boikot. Bila sebut perkataan ini, berbagai alasan dikorek dan digali, semata-mata untuk mempertahankan diri, yang rebah dengan nafsu sendiri! Apakah dengan tidak menjamah McD, nyawa akan melayang? Apakah dengan tidak merasa Coca Cola mahupun Burger King, maruah itu hilang? Begitu kah?

Bahkan yang sebenar-benarnya, 1 sen untuk McD, memberi saham yang besar, dan bukan satu, bahkan beratus nyawa melayang di Bumi Barakah, Gaza. Setiap langkahan di Burger King, setiap titisan Coca Cola, bagaikan menghirup darah saudara sendiri di sana. Darurat apakah yang memaksa untuk setia dengan produk-produk ini?

Mungkin Gaza tidak akan menang dengan boikot, tapi Islam menang!






Keep praying for Gaza, Qunut Nazilah for sure! ='(

Sunday, 27 April 2014

Diploma atau Master?

Bismillahirrahmanirrahim...

 Confused. #_#

Berada di tahun akhir, semester akhir, bermulalah segala kepeningan dan kekonfiusan bermaharajalela. Haha, sebenarnya depend on ourselves to be confused atau sebaliknya. He.

 First of all, saya terdetik untuk berkongsi tentang kekonfiusan yang melanda diri saya beberapa hari ni. Maklum, latihan industri yang sedang saya dan kawan-kawan jalani berbaki 6 minggu lagi, maka ramailah yang mula sibuk memikirkan perjalanan dan arah tuju selepas konvo, dan juga sebelum konvo lagi! Ya.
Kekeliruan yang dimaksudkan adalah to continue study in which courses, whether to complete Master in Fiqh or dapatkan diploma amalan kehakiman dan guaman syarie, yakni diploma undang-undang yang melayakkan kami practice as syarie lawyers. Yeahh!

Honestly, jiwa saya lebih dekat dengan fiqh, specially in usul fiqh. Seronok dan minat sangat bila dapat faham usul fiqh, tahu hukum dan cara istinbat, etc, tapi on the same time, saya juga minat untuk menjadi pengamal undang-undang, pegawai suluh as well. Maka, itulah titik bermulanya kekonfiusan saya.

Master, atau diploma siswazah? Master in Fiqh or Diploma in Law? Entah! On my umi behalf, umi tak kisah as long as I continue study. Umi sangat menggalakkan, sungguh! Pada saya sendiri, continue study in master lebih dekat di hati, cuma satu yang agak menakutkan pada saya, THESIS! Untuk menyiapkan dan menyempurnakan thesis degree pun sudah segala keringat dicurah (-_-), maka untuk kembali bertemu penulisan akademik sekali lagi membuatkan saya sedikit seram sejuk. Allah.

Terus memikirkan, dan mengintai keputusan. إهدني يا رب, إهدني يا الله! Allahu musta'an!



Saturday, 12 April 2014

Tanpa Tarbiyah Gerenti Rebah!

It's so long time since I do not blogging here. Rindu!

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamu'alaikum.

Benarlah kata-kata, "siapa kamu adalah apa yang kamu baca" instead of "siapa kamu adalah apa yang kamu makan". Erk! In fact, itu pun betul juga. He. Kalau nak faham maksud saya, cuba perhatikan perkongsian kali ini. Tapi, bukan sekadar tengok gaya penulisan, malahan the important is to understand the contents of this sharing. Dan, membumikan dengan amalan dan praktikal dalam kehidupan!
Baiklah, first and foremost, dah lama rasanya saya tak berkongsi di sini, it doesn't mean that saya dah tak minat blogging atau dah mula boring, tapi kekangan masa dan waktu yang menghalang. Sungguh, menulis itu minat yang tak mungkin pudar, melainkan dengan izinNya. =)

 Act, seorang sahabat yang juga pembaca tegar (konon) blog saya selalu bertanya, "bila nak update blog?", "tak update blog ke?", "update laa blog..". It's enhance my passion in fact, yeahh! Saya tak tahu dia tahu atau tak, saya juga suka membaca instead of menulis blog. He. Apa khabar sahabat sekalian? Kali ni saya tak bercadang untuk berkongsi sesuatu yang berat, just simple things to share about. Saya terfikir untuk me-renovate (macam tak sesuai je term ni..-_-) my blog, sebab saya rasa blog ni agak suram, tak bermaya, even the lighting is quite bright. Haha, boleh pula bleak as well as bright. Whatever~

 Beralih kepada perkongsian saya, siapa tahu betapa pentingnya tarbiyah dalam hidup setiap insan, mukmin khususnya? Tarbiyah, berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud, didikan. (Betulkan jika saya salah... >_<) Tarbiyah boleh ada dalam bentuk jasmani dan rohani. Seumpama kecantikan luaran dan dan dalaman, so that is inner tarbiyah, erk! Maka, bagaimanakah cara untuk mendapatkan tarbiyah itu? Apakah boleh dibeli di Pasaraya, atau kedai runcit? Tidak. Bahkan sebenarnya setiap orang telah mendapat tarbiyah, meskipun dalam bentuk kualiti atau kuantiti yang berbeza. Paling kurang pun, tarbiyah dari ibu dan ayah yang melahirkan dan membesarkan, dan  paling tidak juga tarbiyah dari guru-guru di sekolah dan kuliah, everyone already get the tarbiyyah, and everyone still needs it! (Saya bukan pro in English, but I love languages!)

 Saya pernah bertanya seorang sahabat, apakah dia merokok? (Beliau adalah seorang muslimin.) Jawabnya, "tentulah tidak, kerana saya ditarbiyah dalam usrah." Baik. Sahabat saya ini, bukan sekadar menjawab bahawa dia tidak merokok, bahkan dia menyambung dengan menyatakan dia tidak merokok kerana ditarbiyah. Apakah maksudnya? Ini bererti tarbiyah itu mendidik kita tentang apa yang baik dan apa yang buruk, apa yang halal dan apa yang haram, bukan di mata kita, tapi pada pandangan Yang Esa. Ya, that's it!

Perhatian: Smoking is forbidden. Merokok itu haram, bukan lagi makruh. Apa yang saya tahu, dahulunya rokok dihukumkan dengan makruh atas sebab baunya yang tidak enak, ketika itu belum dikaji tentang bahaya rokok yang sehingga mendatangkan pelbagai penyakit,  penyebab kematian. Pada hari ini, sudah terang lagi betapa bahayanya rokok, dan telah jelas dalam mafhum firmanNya, "Janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan." (Al-Baqarah: 195)

 Kembali kepada tarbiyah kita, bagaimana untuk terus ditarbiyah? Senang, tarbiyah itu tak boleh dibeli, tapi ia boleh dicari. Buku, bahan bacaan yang banyak mentarbiyah diri saya, selain beberapa aktiviti dan program yang saya ikuti. Apa yang penting, jauhkan diri dari sikap individualistik. Individualistik, sikap tidak cakna kepada dunia, itu sudah cukup menunjukkan betapa tiadanya tarbiyah dalam diri. Carilah tarbiyah di mana saja, seperti yang saya utarakan, mencari tarbiyah yang paling mudah melalui bahan bacaan. Tidak hairanlah wahyu pertama yang diturunkan menyuruh kita membaca. "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan." (Al-'Alaq: 1)


p/s: cadangan bacaan:-
Kitab Syamail Muhammad (Telaga Biru Sdn Bhd)
Langit Ilahi by Hilal Asyraf (B.A Usuluddin, Jordan University of Yarmouk)
Batu Bata Kehidupan by Hilal Asyraf (B.A Usuluddin, Jordan University of Yarmouk)
Matahari by Hilal Asyraf (B.A Usuluddin, Jordan University of Yarmouk)
Novel Sinergi by Hilal Asyraf (B.A Usuluddin, Jordan University of Yarmouk)
Bahtera Menuju Ke Syurga by Hilal Asyraf (B.A Usuluddin, Jordan University of Yarmouk)
Untuk Kita Pendosa by Hilal Asyraf (B.A Usuluddin, Jordan University of Yarmouk)
Sebelum Aku Bernikah by Hilal Asyraf (B.A Usuluddin, Jordan University of Yarmouk)
Hidup Penuh Erti by Aiman Azlan (HBSc Biology and Psychology, Canada University of Toronto Mississauga)

Di atas adalah antara bacaan yang banyak mendidik dan mengubah sikap serta persepsi diri saya, (saya memang pembaca tegar buku-buku tulisan saudara Hilal Asyraf, that's why I got all of his books. Hehe.) Sekadar berkongsi.  Apa pun, first of all, DON'T FORGET TO RECITE AL-QURAN! Jangan lupa mengaji, ya!

Ole-ole dari Mesir, juga salah satu bacaan yang hebat! Jika ada dijual di Malaysia, bolehlah sahabat-sahabat dapatkannya. ^^







Tuesday, 25 February 2014

Nikah dan Yogja

Bismillahirrahmanirrahim...

 Tahun baru hijrah dan tahun baru masihi sudah berlalu beberapa bulan, akhirnya saya dapat meluangkan masa berkongsi di sini meskipun lama terbiar sepi dek kerana sibuk menyiapkan thesis dan tugasan-tugasan yang diberi. Maklum, pelajar tahun akhir. =)

Baiklah, sedikit pendahuluan, saya kini berada di tahun akhir dan semester akhir sebagai mahasiswi Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan kepujian dari USIM. Dalam semester ini, semua mahasiswa diwajibkan untuk menjalankan latihan industri atau praktikal di mana-mana jabatan yang berkaitan. Alhamdulillah, saya telah memohon dan berjaya diterima sebagai pelajar praktikal di Institut Penyelidikan Produk Halal UPM, Serdang. Tugasan saya secara mudahnya adalah sebagai Halal Researcher.

Bagaimanapun, ini bukanlah topik yang ingin saya bawakan atau kongsikan pada kali ini. Makin menjangkau usia 24 tahun menjadikan saya sedikit terpengaruh dan terbias dengan suasana sekeliling terutama apabila teman-teman rapat semakin ramai yang melangkah ke dunia baru, membina masjid. Ya, ramai dan ramai kawan dan teman, malahan yang sangat dekat dengan saya kini bergelar seorang isteri. Tak kurang juga yang sudah menjadi ibu. Alhamdulillah, sebagai kawan, saya senang, dan sebagai kawan, saya juga memasang impian. (Hahahaaa....nk kwin.....)

Nikah, atau kahwin, tak semudah yang dibayangkan. Orang terlalu senang untuk berkata, "kahwinlah!" "Lepas kahwin ada lah rezeki." Dan pelbagai lagi pandangan dan sokongan. Namun, pernahkah ada yang terfikir, siapkah mental dan peribadi? Kemaskah ibadah dan layakkah untuk mengemudi? Inilah yang harus difikirkan, bukan sekadar masalah kewangan yang menjadi beban.

Untuk saya, kebarangkalian yang tinggi nikah tiada dalam perancangan dalam tempoh 1-2 tahun ini. Jika 3 tahun lagi, mungkin. Semua atas izinNya. Kewangan yang belum menjamin, dan persiapan sahsiah yang belum sedia, saya memberi ruang untuk tunangan dan saya sendiri. Mungkin selepas bergraduasi pada hujung tahun ini, insya' Allah saya akan bekerja sambil menyambung pengajian samada ke peringkat Master atau Diploma dalam Undang-undang, masih difikirkan. Tak pernah lupa, cita-cita dan mimpi dari dulu untuk mengambil kursus Bahasa Arab, moga Dia mempermudahkan dan moga ianya dapat direalisasikan. Apapun, kita cuma merancang.

 Jam menghampiri waktu Zohor, saya noktahkan dulu penulisan kali ini. Moga dipertemukan lagi, dan moga perkongsian ini ada manfaatnya. Wassalam. ;)

Kembara Anak USIM Yogja, Indonesia. Gambar di Universitas Islam Indonesia.

Gabungan Elektif ICT dan Guaman Syar'ie. Gambar di Mahkamah Tinggi Yogja.

Wednesday, 14 August 2013

Muslimah, berhijablah dengan sebenar-benar hijab!

Bismillahirrahmanirrahim...

 Salam 'eidulfitri buat semua sahabat dan kamu yang mengenali saya secara nyata mahupun maya. Biar tak pernah bertemu mata bersua muka, tapi kita tetap saudara seagama. Ukhwah fillah abadan abada, biiznillah!

Kali ini, tak banyak yang saya ingin kongsikan. Cuma sedikit kekecewaan dengan perkembangan hari ini yang ada baik, namun banyak negatifnya. Di mana? Ya, melihat semakin ramai muslimah mengenakan tudung kepala, berhijab untuk menjadi muslimah yang mentaati Tuhannya, memelihara maruah diri dengan jalan yang diredhai. Namun, muncul pula golongan yang mengambil peluang ini, yang seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam menutup aurat, khususnya bagi mereka yang kurang faham tentang tuntutan menutup aurat, atau berhijab.

 Saya tak mahu membicarakan isu niqab atau burqa', yang terdapat banyak pandangan mengenainya. Tapi, apa yang ingin saya titikkan di sini adalah tentang rekaan pelbagai jenis dan fesyen tudung yang kononnya menepati kehendak syara'. Soalnya, benarkah tudung atau hijab itu berjaya memelihara dan menutup aurat muslimah tersebut?

Mudah, kita tengok syarat-syarat, yakni panduan menutup aurat. Dalam Islam, tiada pakaian khusus untuk menutup aurat. Bermakna, bukanlah dikatakan jubah itu pakaian yang menutup aurat, dan bukan juga baju kurung itu tidak menutup aurat. Bahkan, pakaian yang menutup aurat itu mempunyai 4 ciri.

1) Tidak ketat.
2) Tidak jarang/ nipis.
3) Tidak singkat/ pendek.
4) Secara overall nya, tidak menampakkan aurat.\

 Apakah itu aurat muslimah? Bukanlah rambut itu sahaja yang dikatakan aurat, dan bukan juga sekadar membalut lengan dengan tidak menzahirkan warna kulit itu sahaja yang dikatakan aurat, tapi aurat muslimah yang sudah cukup umurnya ialah, "seluruh anggota kecuali muka dan telapak tangan." (Mafhum hadith)

Sungguh banyak hari ini kita temui, tudung yang sekadar menutup rambut dan leher, tapi pakaian yang dipakai masih tidak mampu menutup anggota badan. Ada juga tudung atau headwear yang sekadar menutup dan membungkus rambut, tapi leher masih diperlihatkan. Kecewa, sungguh mengelirukan!

Oleh itu, kita dapat lihat kepentingan ilmu dalam mentaati perintah dan menjauhi laranganNya. Tanpa ilmu, mungkin ibadah yang kita lakukan itu sia-sia. Tanpa ikhlas juga, ibadah yang dilakukan mungkin tidak membawa ke Syurga, bahkan sebaliknya. Na'uzubillah!


My cousin on graduation day at Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah

My cousin on her umrah.

Thanks cousin for lending me ur picture here. ^^

 قال العاماء: العلم إمام العمل.

Kepada muslimah, saya mengajak kamu dan diri saya sendiri, berusahalah untuk menjadi muslimah yang sebenar-benarnya, muslimah yang mukminah, muslimah yang memelihara aurat dengan sebenar-benarnya, muslimah yang menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Kepada muslimin, sentiasalah berusaha menjadi muslim yang sebenar-benarnya, muslim yang mu'min, muslim yang menjadi imam kepada keluarga dan ummat, imam yang menjaga dirinya dan ahli keluarganya dari api Neraka.

Firman Allah ta'ala yang bermaksud: :Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api Neraka." (At-Tahrim: 6)

Wallahua'lam.


p/s: Seindah hiasan adalah wanita solehah. Allahummaj'alna minassolihin wa solihat. Amin ya Rabb! =']

Wednesday, 22 May 2013

Kem Solat Awan Iman~

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah agak lama rasanya saya tak meluangkan masa untuk berkongsi di sini. Maklum, dihujung semester seperti ini, saya dipenuhi dengan tugasan dan jadual yang cukup padat. Bagaimanapun, alhamdulillah akhirnya peluang untuk terus berkongsi di sini masih ada.

 Kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman menguruskan program kem solat di sebuah sekolah berdekatan kawasan tempat saya menuntut. Pada asalnya, saya dan kawan-kawan sekumpulan sekadar memilih perniagaan konsultan untuk mencukupi syarat kursus Entrepreneurship, subjek wajib universiti. Kumpulan-kumpulan lainn kebanyakannya membuat perniagaan jualan seperti menjual pakaian, makanan, produk dan lain-lain. Manakala, kumpulan saya yang diketuai pelajar lelaki, beliau memilih pendekatan menjimatkan wang dan membuat perniagaan tanpa mengeluarkan modal, memandangkan kami semua pelajar yang tak mempunyai kewangan yang kukuh. Akhirnya, kami membentuk syarikat konsultan. Seterusnya, business plan diatur, kertas kerja dirangka, surat dan segala keperluan disediakan. Dengan izinNya, kami memilih sebuah sekolah untuk mengadakan kem solat.

 Untuk kem ini, pengarah program tetap juga Rasyid, manakala timbalannya adalah Nasuha, juga salah seorang fasilitator. Saya bertindak selaku setiausaha, sepertimana dalam organisasi syarikat yang kami bentuk. 6 orang lagi adalah Khaidir sebagai ketua pelaksana, manakala Fahmi, Hanisah, Atiqah, Najwa dan Jamilah sebagai fasilitator bersama.

 Alhamdulillah, meskipun terdapat sedikit rintangan dalam perjalanan program, tapi segalanya dipermudahkanNya. Akhirnya, kem solat di bawah pelaksanan kumpulan kami yang diberi nama Awan Iman berjaya direalisasikan. Awan Iman, nama yang saya sendiri pilih, membawa erti yang cukup mendalam. Padanya, mengkiaskan betapa setiap program yag kami jalankan atas keimanan. Juga, memberi simbol Quran dan Sunnah sebagai pedoman. Awan Iman, dipinjam dari nama blog penulis yang saya kagumi, Hilal Asyraf sebelum beliau menukar nama blog kepada Langit Ilahi.

Sebelum saya menoktahkan perkongsian kali ini, saya ingin sekali menyatakan betapa setiap yang kita laksanakan, jika dengan ikhlas, pasti ianya membuahkan kejayaan yang manis. Kem solat yang cukup singkat, tapi kenangan mengajar dan belajar bersama adik-adik di sana cukup dirindukan. Saya berharap kami dapat melaksanakan lagi program seumpama itu, meskipun bukan di bawah kursus Entrepreneurship. Awan Iman Training and Cosultancy-Beramal Kerana Allah. ^^

Sesi Muqaddimah, adik-adik comel mendengar dgn khusyuk~

Ustaz Rasyid memberi taklimat


LDK group Ustaz Khaidir

Ustaz Khaidir memberi penerangan~~~

Praktikal wudhu' bersama Ustaz Nasuha~
LDK kumpulan Ustaz Nasuha, ceria ~


Rehat~~~~ Mangan3x
LDK kumpulan Ustaz Fahmi.


Praktikal solat,,,,
Post mortem, ketua Ustaz Rasyid memberi ucapan..


Kami, pelajar sarjana muda Fiqh dan Fatwa Tahun 3, sebagai pelaksana Awan Iman. =)

p/s: moto Awan Iman, Beramal Kerana Allah tu diambil dari kertas kerja Nasuha, yang juga moto kepada _ _ _ _  _ _ _ _. ^^