Bila kata cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya, apa-apa sahaja yang membawa ke neraka, itu bukan namanya cinta. ~Hilal Asyraf~

Tuesday, 31 May 2011

Mencari Redha Ilahi Menggapai Cinta Hakiki

Hari ini, hidup aku bermula.. bukan hidupku bermula pada hari ini, tapi mujahadah ku bermula pada hari ini... sebelum aku melanjutkan lagi kalam ini, aku mohon sahabat-sahabat tidak segera menyalah anggap akan maksud mujahadahku yg bermula pada hari ini... Sebenarnya, apa yang aku maksudkan di sini ialah mujahadah utk istiqamah di atas jalan ini... Jalan yg aku kira memberi petunjuk dan membawa aku menuju penamat yg baik, yakni Syurga abadi...
 Sahabat...(aku senang memanggil kamu sebagai sahabat, kerana padaku, kamu semua adalah sahabat, samada kita pernah bersua atau tidak, kerana kita bersatu dlm keimanan yg sama, yakni Islam agama yg haq...)
Aku sesungguhnya bukanlah seorang yg mahir dalam penulisan, apatah lagi untuk mengarang sepertimana mereka-mereka yg aku kagumi..(penulisan yg berjaya menyentuh hati pembaca..) Namun, dalam usahaku menyebarkan fikrah agama ini, aku gagahkan diri untuk menulis sekadar yg aku mampu, sementara mengukuhkan niat agar ikhlas semata-mata kerana Allah....
 Asalnya, aku mula terfikir untuk membuat blog yg dinamakan Penyebar Fikrah ini setelah membaca salah satu buku motivasi karangan seorang penulis muda lepasan University of Yarmouk, Irbid, Jordan...
Baru aku nampak, jalan dakwah itu luas sebenarnya, tapi minda kita yg telah menyempitkannya...
Untuk berkata soal layak atau tidak, sudah tentu aku orang pertama yg paling terasa betapa diri ini tidak pantas untuk menyeru manusia kembali pada Allah, sedangkan diri-sendiri juga masih dalam perjalanan mengislahkan diri menjadi hamba yg sebenar.. Meskipun begitu, aku ingin merujuk kata-kata bekas mursyidul am Ikhwanul Muslimin, ISLAH NAFSAK WAD'U GHAIRAK [perbaiki dirimu dan ajaklah yg lain]..
Aku kira, tidaklah patut aku menuju destinasi cinta ini, tanpa sahabat-sahabat semua... Sepertimana kata-kata seorang pengarang buku motivasi Langit Ilahi, cinta itu bermaksud ingin bersama-sama ke syurga dgnnya.. Oleh itu, kerana cintaku pada kalian wahai sahabat-sahabat, marilah kita memulakan langkah untuk menuju Mardhatillah...

Bilaku didatangi malam 
gelora perasaan mencengkam jiwa
masihkah ada lagi dayaku menghindar dari kealpaan
diterjah pelbagai persoalan
dihujani air mata penyesalan
bisakah terhapus semua segala dosa noda yg bertakhta

terangi jalan hidupku
dengan cahaya kasihMu
pimpinlah daku dgn hidayahMu
Tuhanku
di malam syahdu ku merayu
ampunilah segala dosaku yg lalu
sujudku mendambakan keredhaanMu
tempatkan aku di dalam rahmatMu
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
suburkan jiwaku dengan keimanan
hnya padaMu oh Tuhan ku sandarkan harapan...

[Bisikan Malam-UNIC]

No comments:

Post a Comment